Wanita mengaku bunuh 11 suami demi harta

Wanita mengaku bunuh 11 suami demi harta

Wanita mengaku bunuh 11 suami demi harta
KOLSUM Akbari mengaku membunuh 11 suaminya. – Foto IRNA

TEHRAN – Seorang wanita yang mengaku meracun dan membunuh 11 orang suaminya dalam tempoh 22 tahun kini berdepan hukuman mati di Iran, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kolsum Akbari, 56, berkahwin dengan lelaki-lelaki warga emas sebelum memberikan mereka ubat tekanan darah, ubat diabetes, ubat pelali malah alkohol untuk kegunaan industri dengan tujuan mahu mewarisi harta mereka.

Tindakannya yang kejam tidak dikesan selama lebih dua dekad iktu adalah kerana usia lanjut dan masalah kesihatan mangsa, sehinggalah dia mengaku membunuh mereka.

Dia kini menunggu hukuman dijatuhkan.

Keluarga-keluarga mangsa menuntut agar dia dihukum mati.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Bermula pada tahun 2000 hingga 2023, dia terus membunuh berulang kali sehinggalah menjadi cuai dengan suami terakhirnya, Gholamreza Babaei berusia 82 tahun.

Anak Gholanreza mula mengesyaki wanita itu selepas seorang rakan keluarga mendedahkan bahawa bapanya sendiri pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Kolsum yang cuba meracunnya.

Polis kemudian dipanggil dan wanita itu ditangkap.

Ketika disoal siasat, polis berjaya mendapatkan pengakuannya, walaupun dia memberikan kenyataan bercanggah mengenai jumlah sebenar mangsa yang dibunuh.

Dia berkata: “Saya tidak tahu berapa ramai yang saya bunuh. Mungkin 13 atau 15 orang. Saya tidak ingat dengan tepat.”

Namun, mahkamah hanya akan menjatuhkan hukuman selepas mendengar semua keterangan daripada 45 orang yang terlibat dalam kes itu. – AGENSI

Wanita mengaku bunuh 11 suami demi harta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker