Suele rehat dua bulan
Suele rehat dua bulan

Berlin: Pertahanan Borussia Dortmund, Niklas Suele akan berehat kira-kira dua bulan selepas mengalami kecederaan otot betis dalam aksi persahabatan pramusim menentang Juventus, Ahad lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu dimasukkan menggantikan Mats Hummels pada minit ke-18, namun terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika tewas 1-2, selepas mengalami kecederaan tanpa sebarang sentuhan pemain lawan.
Suele bakal terlepas aksi pusingan pertama Piala Jerman menentang Essen minggu ini dan sebahagian awal kempen Bundesliga, yang akan bermula dengan pertemuan menentang St Pauli pada 23 Ogos.
Kelab dari Lembah Ruhr itu, yang menamatkan saingan di tangga keempat musim lalu, turut akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara peringkat liga.
Suele rehat dua bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.