Siasatan kes program eHATI: Polis sudah panggil 95 individu beri keterangan
Siasatan kes program eHATI: Polis sudah panggil 95 individu beri keterangan

SEPANG: Seramai 95 individu sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes program motivasi rumah tangga eHATI setakat ini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
Beliau berkata pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan termasuk menunggu laporan daripada pakar beberapa agensi kerajaan berkaitan.

“Kita juga sudah menghantar barangan kes untuk rujukan Jabatan Pendakwaan negeri dan agensi lain berkaitan untuk analisi kimia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan polis membuat siasatan dari pelbagai sudut termasuk ritual yang bertentangan dengan syarak membabitkan program rumah tangga eHATI.
Pengasas program berkenaan yang juga pasangan suami isteri bersama empat individu lain berusia antara 26 hingga 57 tahun sebelum ini direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Siasatan polis selepas itu mendapati wujud aktiviti berbogel ketika satu sesi tertutup khas dikenali sebagai `Queens Night’ dalam program berkenaan.
Siasatan kes program eHATI: Polis sudah panggil 95 individu beri keterangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.