Seorang lagi mangsa kemalangan di Kampung Rambung, meninggal dunia hari ini

Seorang lagi mangsa kemalangan di Kampung Rambung, meninggal dunia hari ini

Seorang lagi mangsa kemalangan di Kampung Rambung, meninggal dunia hari ini
Anggota Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Viva yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi di Kampung Rambung, Jalan Kupang, Baling. – Foto IHSAN BOMBA

BALING: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Rambung, Jalan Kupang, di sini semalam disahkan meninggal dunia hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang hadapan kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga wanita yang mempunyai hubungan rakan itu.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.30 tengah hari ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Baling.

“Ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia setakat ini adalah dua orang dan kedua-duanya menaiki kereta Perodua Viva.

“Mayat mangsa yang baru meninggal dunia hari ini dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Ahmad Salimi berkata, kemalangan maut membabitkan dua kereta di simpang empat Rambong, Pulai, Jalan Baru Baling-Kupang pada jam 5.30 petang semalam, apabila kereta Perodua Viva itu dipandu seorang wanita berusia 51 tahun bersama dua rakannya masing-masing berusia 37 dan 61 tahun dari arah Madrasah di Bakai menghala ke Rambong.

Beliau berkata, sebuah lagi kereta pula dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dari arah Kampung Teluk Durian menghala ke Baling.

“Wanita yang memandu Perodua Viva cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa lain dihantar ke Hospital Baling untuk dirawat lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” katanya.

Ahmad Salimi berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

Seorang lagi mangsa kemalangan di Kampung Rambung, meninggal dunia hari ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker