‘Rider’ panggil polis, pembeli enggan bayar COD
‘Rider’ panggil polis, pembeli enggan bayar COD

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang lelaki enggan membayar makanan yang dipesan secara online sehingga memaksa anggota polis untuk campur tangan, lapor laman berita Lambe Turah.
Dalam video tersebut, kelihatan anggota polis dan seorang ‘rider’ memakai jaket syarikat penghantaran makanan online berdiri di hadapan pintu rumah lelaki berkenaan.
Polis tersebut dilihat bercakap sesuatu kepada lelaki itu sebelum pertengkaran tercetus antara mereka.
Menurut keterangan video, lelaki itu enggan membayar makanan yang dipesan, malah memakannya serta-merta.
Ia membuatkan penghantar makanan tidak mempunyai pilihan lain selain melaporkan perkara itu kepada polis.
Tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian dan keadaan lelaki tersebut selepas itu.
Video itu mengundang kritikan pengguna media sosial dengan ramai yang menyelar sikap lelaki tersebut.
“Ada juga yang begitu. Mahu makan tetapi tidak mahu membayar,” kata seorang netizen.
“Sampaikan perlu dipanggil polis,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
‘Rider’ panggil polis, pembeli enggan bayar COD
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.