Rayuan Palace beraksi di Liga Europa ditolak
Rayuan Palace beraksi di Liga Europa ditolak

London: Crystal Palace gagal dalam rayuan mereka terhadap keputusan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang menurunkan kelab itu daripada saingan Liga Europa ke Liga Konferens berhubung isu pemilikan pelbagai kelab.
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) hari ini mengesahkan keputusan UEFA bulan lalu, yang membenarkan Lyon kekal beraksi di Liga Europa kerana ketika itu Eagle Football Group adalah pemilik majoriti Lyon, manakala Pengerusi Palace, John Textor pula memiliki pegangan mengawal di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Palace yang layak ke Liga Europa selaku juara Piala FA, membuat rayuan sebelum pemilik bersama New York Jets, Robert Wood ‘Woody’ Johnson, melengkapkan pembelian pegangan Eagle Football Holdings dalam kelab itu.
Textor turut meletak jawatan daripada lembaga pengarah Lyon dengan Michele Kang dilantik sebagai pengerusi dan presiden baharu.
Memandangkan Lyon dan Palace sama-sama layak ke Liga Europa, kelab Perancis itu diberi keutamaan kerana menamatkan saingan liga di tangga keenam Ligue 1 berbanding Palace yang menduduki tempat ke-12 EPL.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Palace yang baru menewaskan Liverpool menerusi penentuan penalti untuk merangkul Perisai Komuniti, kini akan beraksi di pusingan playoff kelayakan Liga Konferens hujung bulan ini.
Nottingham Forest yang menamatkan saingan EPL di tangga ketujuh akan menggantikan Palace dalam saingan Liga Europa.
Rayuan Palace beraksi di Liga Europa ditolak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.