Pemuda maut selepas tak sedarkan diri ketika sertai acara berbasikal

Pemuda maut selepas tak sedarkan diri ketika sertai acara berbasikal

Pemuda maut selepas tak sedarkan diri ketika sertai acara berbasikal

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas ketika menyertai acara berbasikal sejauh 50 kilometer di Lebuh Raya Lingkaran Luar Timur (EKVE), Kajang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima makluman mengenai kematian pemuda tempatan berusia 27 tahun itu di Hospital Ampang kira-kira jam 2 petang.

“Ketika melalui Kilometer 13 EKVE, mangsa dipercayai sesak nafas lalu terjatuh ke atas jalan dan tidak sedarkan diri.

“Rawatan awal telah diberikan di tempat kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Ampang.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa menyertai acara berbasikal itu sebelum insiden berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Bedah siasat dijalankan pada sekitar jam 9.45 pagi tadi di Hospital Ampang, dan punca kematian masih menunggu keputusan analisis makmal.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Sehubungan itu, Naazron berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Nasyran Ab Wahab, melalui talian 03-90212222.

“Pihak polis menasihati orang awam yang ingin menyertai sebarang aktiviti sukan supaya memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik sebelum mengambil bahagian, bagi mengelak sebarang risiko kecederaan dan masalah kesihatan,” katanya.

 

Pemuda maut selepas tak sedarkan diri ketika sertai acara berbasikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker