Pelajar serang guru, berang gagal dapat markah penuh
Pelajar serang guru, berang gagal dapat markah penuh

BANGKOK – Seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun di Thailand menyerang seorang guru wanita di sebuah sekolah di wilayah Uthai Thani, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Serangan fizikal itu terbongkar selepas mangsa berkongsi kisahnya dengan seorang guru terkenal yang mengendalikan laman Facebook, Teacher Arty.
Ketika kejadian, pelajar lelaki itu menghampirinya di dalam kelas untuk bertanya markah dan guru itu memaklumkan bahawa dia mendapat 18 daripada 20 markah.
Pelajar itu meminta penjelasan mengapa dia tidak mendapat markah penuh dalam peperiksaan matematik.
Guru tersebut menjelaskan bahawa walaupun jawapannya betul, dia gagal menunjukkan langkah kerja seperti yang dikehendaki dalam arahan tugasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Pelajar itu berulang kali menumbuk dan menendangnya namun serangan hanya berhenti apabila seorang guru lelaki tiba.
Guru wanita itu mengalami lebam di mata, bengkak di kepala dan kecederaan serius pada tulang rusuk.
Dia membuat laporan di Balai Polis Nong Chang.
Ibu bapa pelajar tersebut menghubunginya untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka manakala pihak sekolah menggantung pelajar itu . – AGENSI
Pelajar serang guru, berang gagal dapat markah penuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.