Mangsa kemalangan hubungi ibu setengah jam sebelum kemalangan

Mangsa kemalangan hubungi ibu setengah jam sebelum kemalangan

Mangsa kemalangan hubungi ibu setengah jam sebelum kemalangan
Keadaan kereta yang merempuh treler dalam kemalangan di Kilometer 34, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, berhampiran Felda Chiku 1, di sini, jam 9 pagi tadi. – Foto NSTP/ Ihsan BOMBA

GUA MUSANG: “Ibu saya baru berhubung 30 minit dengan adik sebelum kami sekeluarga dikejutkan dengan berita adik, abang serta anak saudara maut dalam kemalangan.”

Demikian luahan Muhammad Fakris Nor Amran, 23, adik kepada mangsa kemalangan membabitkan empat maut dalam nahas kereta dan treler di Kilometer 34, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, berhampiran Felda Chiku 1, di sini, jam 9 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah Muhammad Faiz Nor Amran, 32, adiknya, Nor Aina Imra Nor Amran, 21, dan dua anak kepada Muhammad Faiz iaitu Muhammad Aryan Fattah Abdul Qayyum, 5 dan Muhammad Aydan Fattah, 4 tahun.

Isteri kepada Muhammad Faiz yang juga pemandu kereta iaitu Tuan Nor Syuhada Mohd Zain, 23, cedera parah dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang.

Muhammad Fakris yang juga adik kepada Muhammad Faiz, berkata abangnya sekeluarga bersama adiknya dari Lembah Klang dalam perjalanan pulang selepas menyertai Himpunan Pemilik Kereta Honda di Sepang, Selangor kelmarin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Katanya, mereka juga turut sempat menziarahi ibu saudara di Kuala Lumpur sebelum merancang pulang ke Pasir Mas awal pagi tadi.

“Pada jam 7.30 pagi, saya ada menghubungi adik saya dan mereka memaklumkan belum sampai di Gua Musang.

“Pada jam 10.30 pagi, kami dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit. Agak terkejut kerana mama saya baru saja hubungi mereka kira-kita setengah jam sebelum kejadian.

“Mereka tinggal bersama mama dan papa di Kampung Padang To’ La, Pasir Mas dan jenazah mereka akan dibawa pulang ke Pasir Mas,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda yang dinaiki lima sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke Kuala Krai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu seorang wanita terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah treler.

“Keempat-empat mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu parah.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Mangsa kemalangan hubungi ibu setengah jam sebelum kemalangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker