Kes Zara Qairina: Keluarga pelajar nafi pembabitan, sudah berhenti sejak awal tahun

Kes Zara Qairina: Keluarga pelajar nafi pembabitan, sudah berhenti sejak awal tahun

Kes Zara Qairina: Keluarga pelajar nafi pembabitan, sudah berhenti sejak awal tahun
Jenazah Zara Qairina diusung keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth semalam. FOTO Arkib NSTP

Lahad Datu: Keluarga pelajar yang gambarnya tular di laman sosial dikaitkan dengan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menafikan pembabitannya dalam kes berkenaan.

Berdasarkan kenyataan dipercayai dibuat bapa pelajar itu di Facebook mendakwa anaknya itu sudah berhenti di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Papar sejak awal tahun ini.

Turut dimuatnaik adalah laporan polis serta sijil tamat persekolahan yang menunjukkan pelajar terbabit berhenti di sekolah berkenaan kerana mendapat tawaran memasuki sebuah kolej vokasional.

Dalam hantaran itu, bapa pelajar itu mendakwa anaknya itu hanya bersekolah selama tiga tahun di sekolah berkenaan iaitu antara 2022 sehingga 2024 dan ketika kejadian membabitkan Zara Qairina, anaknya itu sudah tidak bersekolah di situ.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada Jumaat lalu di Balai Polis Lahad Datu untuk menafikan kenyataan dalam video dan gambar anaknya yang tular, selain bimbang terhadap keselamatan mereka sekeluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Bapa pelajar itu turut memberi amaran akan mengambil tindakan sivil terhadap mana-mana individu yang didakwa cuba mengaitkan anaknya dengan kes Zara Qairina.

“Untuk makluman, laporan polis sudah dibuat untuk sebuah akaun TikTok kerana memuat naik video anak saya di dalam akaun mereka.

“Walaupun mereka sudah memohon maaf dan memadam video itu, masih ada beberapa individu yang masih menyebarkan berita palsu itu,” katanya.

Kes Zara Qairina: Keluarga pelajar nafi pembabitan, sudah berhenti sejak awal tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker