Jersi Penang FC rekaan anak tempatan setanding kelab Eropah

Jersi Penang FC rekaan anak tempatan setanding kelab Eropah

Jersi Penang FC rekaan anak tempatan setanding kelab Eropah
JERSI Penang FC membawa identiti negeri yang dibanggakan penyokong. FOTO MIKAIL ONG

Kuala Lumpur: Dari bendera negeri ke padang bola. Itulah inspirasi di sebalik jersi baharu Penang FC yang direka sepenuhnya oleh jenama tempatan, Kaki Jersi (KJ).

Pengarah KJ, Nik M Iqbal Nik Ibrahim, yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam penghasilan jersi, mendedahkan bahawa warna biru, putih dan kuning diambil terus daripada identiti bendera Pulau Pinang sebagai teras rekaan.

“Rekaan ini bukan sekadar untuk cantik di mata, tapi membawa identiti negeri yang dibanggakan penyokong. Pada masa sama, ia dihasilkan menggunakan teknologi setanding kelab terkemuka Eropah.

“Lebih menarik lagi, ia hanya dihasilkan dalam tempoh dua minggu dan alhamdulillah mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Menurut Nik M Iqbal, setiap helaian jersi direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada pemain, dengan material berkualiti tinggi yang diuji untuk prestasi di tahap tertinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


KJ sebelum ini sudah menembusi pasaran Eropah dan kini mengorak langkah lebih besar dengan menumpukan pasaran Asia termasuk Asia Tenggara.

Beliau percaya pencapaian itu membuktikan produk keluaran anak Malaysia mampu berdiri sama tinggi, bahkan bersaing dengan jenama antarabangsa.

Sebelum itu, Penang FC memperkenalkan jersi tuan rumah baharu musim 2025-2026 yang dianggap cukup istimewa, malah menarik perhatian media antarabangsa.

Malah, Footy Headlines, memuji jersi yang dihasilkan jenama tempatan itu apabila rekaan itu hadir dengan teknologi setanding kelab terkemuka Eropah namun dijual pada harga hanya £25 (RM150).

Jersi Penang FC rekaan anak tempatan setanding kelab Eropah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker