Grealish sertai Everton secara pinjaman
Grealish sertai Everton secara pinjaman

London: Pemain sayap Manchester City, Jack Grealish dilaporkan bersetuju menyertai Everton secara pinjaman untuk musim 2025-26.
Grealish yang semakin tercicir daripada perancangan pengendali City, Pep Guardiola musim lalu, hanya membuat tujuh penampilan dalam kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 29 tahun itu turut diketepikan daripada skuad City bagi saingan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat di tengah spekulasi perpindahannya dari Etihad.
Everton dilapor sudah mencapai persetujuan mendapatkan khidmat Grealish yang menerima gaji sekitar £300,000 (RM2.04 juta) seminggu, menjelang kempen baharu EPL yang akan menyaksikan mereka menentang Leeds pada 18 Ogos depan.
Pemain antarabangsa England itu menyertai City dari Aston Villa pada 2021 dengan rekod perpindahan British ketika itu bernilai £100 juta (RM680 juta).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Sepanjang kariernya di Etihad, Grealish merangkul tiga kejuaraan Liga Perdana, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA, namun prestasinya merudum selepas menjadi tonggak utama kejayaan treble musim 2022-23.
Kekecewaan bertambah apabila dia tidak dipanggil menyertai skuad England ke Euro 2024, keputusan yang disifatkannya sebagai amat memeritkan.
Guardiola jarang menurunkannya musim lalu biarpun City bergelut, malah dia sekadar memanaskan bangku simpanan ketika kekalahan mengejut final Piala FA kepada Crystal Palace.
Jika melepasi ujian perubatan dan melengkapkan perpindahan ke Everton, Grealish berpeluang menghidupkan semula kariernya yang malap sekali gus membuka peluang dipanggil semula menyertai skuad England bagi Piala Dunia tahun depan.
Everton yang baru berpindah dari Goodison Park ke stadium baharu Hill Dickenson, dilihat bakal memberi pentas utama buat Grealish di gelanggang serba moden itu.
Dia juga dijangka menjadi pemain terbesar yang direkrut kelab berkenaan sejak tamat musim lalu selepas jendela perpindahan musim panas yang agak ‘sunyi’ buat pengendali, David Moyes.
Grealish sertai Everton secara pinjaman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.