Atletico ikat Raspadori lima tahun
Atletico ikat Raspadori lima tahun

Madrid: Atletico Madrid mengumumkan perpindahan penyerang Itali, Giacomo Raspadori dari juara Serie A, Napoli dengan kontrak lima tahun.
Menurut laporan media Sepanyol, pemain berusia 25 tahun itu dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai €20 juta (RM103.8 juta).
Raspadori, yang menjulang Scudetto bersama Napoli pada 2023, menjaringkan enam gol musim lalu dalam musim ketiganya bersama kelab itu selepas menyertai dari Sassuolo pada 2022.
Atletico, yang menamatkan saingan di tangga ketiga La Liga musim lalu, giat memperkuatkan skuad dengan beberapa pembelian besar musim panas ini bagi mengemudi cabaran memburu gelaran.
Antara nama besar lain yang turut menyertai Atletico musim ini termasuk pemain sayap Alex Baena dari Villarreal, David Hancko (Feyenoord) dan pemain tengah Amerika Syarikat, Johnny Cardoso dari Real Betis.
Atletico ikat Raspadori lima tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.