AKPS patah cubaan seludup 2,500 liter diesel guna treler di Bukit Kayu Hitam
AKPS patah cubaan seludup 2,500 liter diesel guna treler di Bukit Kayu Hitam
ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,500 liter diesel menggunakan sebuah treler di Kompleks Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Ketua Bahagian Operasi Khas AKPS Bukit Kayu Hitam, Saiful Jefrey, berkata kenderaan dari negara jiran itu ditahan dalam pemeriksaan rutin agensi itu yang dilakukan sekitar jam 8.30 hingga 11 pagi.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemui ruang tangki simpanan yang diubah suai khusus untuk menyembunyikan minyak diesel bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Nilai rampasan diesel dianggarkan RM7,500, manakala treler yang turut dirampas bernilai RM80,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (ubah suai kenderaan bagi tujuan penyeludupan) dan Seksyen 64(1) akta sama (penyitaan kenderaan untuk siasatan).
Beliau berkata, rampasan itu membuktikan komitmen berterusan AKPS dalam membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan negara, khususnya membabitkan pengubahsuaian kenderaan untuk membawa bahan kawalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Sehingga hari ini, AKPS Bukit Kayu Hitam telah menahan 10 kenderaan pelbagai jenis yang terbabit dalam kes penyeludupan diesel melalui pengubahsuaian tangki dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM957,800,” katanya.
AKPS patah cubaan seludup 2,500 liter diesel guna treler di Bukit Kayu Hitam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.