Wirtz Pemain Terbaik Jerman

Wirtz Pemain Terbaik Jerman

Wirtz Pemain Terbaik Jerman
LIVERPOOL beli Wirtz dengan harga RM569 juta. FOTO AFP

Berlin: Pemain baharu Liverpool yang mencatat rekod perpindahan kelab, Florian Wirtz dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Jerman sekali gus mengukuhkan lagi statusnya sebagai bintang muda sedang meningkat naik.

Wirtz yang yuran perpindahannya sebanyak £100 juta (RM569 juta) boleh meningkat kepada £116 juta (RM661 juta) melalui tambahan bonus sekali gus satu rekod perpindahan British menerima 191 undian daripada wartawan sukan Jerman.

Dia berada jauh di hadapan pencabar terdekat, Michael Olise dari Bayern Munich yang menerima 81 undian.

Pemain tengah menyerang berusia 22 tahun itu tiba di Anfield dari Bayer Leverkusen pada Jun lalu, sebagai sebahagian daripada gelombang pembelian pemain Liverpool yang turut menyaksikan kemasukan Hugo Ekitike (penyerang Perancis) dan Milos Kerkez (pertahanan kiri Hungary), dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.

Selepas menyertai Liverpool, Wirtz berkata kepada laman web rasmi kelab: “Saya mahu menang semua trofi setiap tahun!”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Dia turut berkata: “Pada akhirnya, kami mahu mencapai kejayaan.

Musim lalu mereka (Liverpool) menjuarai Liga Perdana Inggeris, jadi sudah pasti matlamat saya untuk memenanginya sekali lagi, dan juga mara lebih jauh dalam Liga Juara-Juara. Saya sangat bercita-cita tinggi.”

Wirtz memainkan peranan penting dalam musim terbaik Leverkusen sepanjang sejarah kelab itu apabila mereka menjuarai Bundesliga buat kali pertama dan Piala Jerman (DFB Pokal) pada musim 2023/24 tanpa tewas satu perlawanan pun di peringkat domestik di bawah kendalian Alonso.

Satu-satunya kekalahan mereka musim itu di mana Wirtz turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bundesliga adalah di final Liga Europa menentang kelab Itali, Atalanta, yang menggagalkan impian treble mereka.

Wirtz Pemain Terbaik Jerman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker