Ular sawa hampir 4 meter sembunyi di alang dapur rumah
Ular sawa hampir 4 meter sembunyi di alang dapur rumah

BANGKOK – Seekor ular sawa sepanjang hampir 4 meter ditemui berlingkar di atas alang dapur sebuah rumah di Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Ular itu memasuki rumah milik seorang wanita berusia 74 tahun di wilayah Ang Thong dan membaham seekor daripada lima kucing peliharaannya.
Warga emas dikenali sebagai Kasorn itu berkata, dia terdengar bunyi pelik pada waktu malam sebelum ternampak ular tersebut pada alang dapur rumahnya.
Perkhidmatan kecemasan tempatan dan Yayasan Poh Teck Tung dihubungi untuk datang ke rumah mangsa.
Seorang sukarelawan dikenali sebagai Lek menilai keadaan dan setelah mendapati ular itu berada di tempat tinggi, dia menghubungi bantuan tambahan.
Seorang lagi sukarelawan daripada Persatuan Penyelamat Ang Thong dikenali sebagai Peter kemudian turut serta untuk menangkap ular sawa itu.
Ular tersebut diukur sepanjang 3.90 meter dan penangkapannya melegakan Kasorn serta orang ramai yang berkumpul menyaksikan kejadian itu. – AGENSI
Ular sawa hampir 4 meter sembunyi di alang dapur rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.