Polis buru 2 rakan didakwa aniaya Eda Ezrin dan 5 lagi
Polis buru 2 rakan didakwa aniaya Eda Ezrin dan 5 lagi

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu ‘Bae Sobar Bae’, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, serta suami dan rakannya berhubung kes dadah dihadapi mereka sebelum dibebaskan oleh mahkamah, adalah konsisten.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kesemua mereka mendakwa dianiayai oleh dua rakan mereka membabitkan seorang wanita dan lelaki.
Pada masa sama, beliau berkata, dua rakan mereka itu juga sedia berada dalam pemantauan pihak polis sebelum ini berkait kes dadah.
“Polis akan mengesan dua individu yang disebut Eda Ezrin dan yang lain itu untuk siasatan kerana kedua-duanya memang berada dalam pemantauan kami.
“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah kesemua mereka termasuk Eda Ezrin, suami dan rakannya adalah selari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
“Mereka tidak mengaku dadah berkenaan milik mereka, sebaliknya mendakwa dianiayai oleh rakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yusoff menjelaskan bahawa pihaknya masih boleh memanggil Eda Ezrin dan lima yang lain jika ada keperluan untuk membantu siasatan.
Media sebelum ini melaporkan Eda Ezrin dan lima yang lain dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat pada 6 Ogos lalu selepas lebih sembilan bulan di penjara.
Mereka kemudian dihantar pulang ke Kelantan pada Khamis dan Jumaat lalu sebelum polis mengambil keterangan antara tiga hingga lima jam di Balai Polis Rantau Panjang serta IPK Kelantan.
Polis buru 2 rakan didakwa aniaya Eda Ezrin dan 5 lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.