Penang FC kecewa di tempat sendiri
Penang FC kecewa di tempat sendiri

Georgetown: Impian Penang FC untuk meraikan kemenangan di hadapan penyokong sendiri pada aksi sulung Liga Super 2025/2026 lebur apabila tewas 0-3 kepada Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Bermula seimbang, kem tuan rumah kelihatan diasak hebat oleh pasukan pelawat seawal minit ketujuh perlawanan dalam usaha memburu gol awal.
Bagaimanapun, beberapa peluang keemasan mereka khususnya menerusi percubaan penyerang, Kevin Mabella dan Akhyar Rashid berjaya diselamatkan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.
Gol pembukaan TFC hadir pada minit ke-50 menerusi pertahanan kanan, Azam Azmi Murad yang melepaskan rembatan bola leret dan deras dari sebelah kanan kotak penalti selepas menerima hantaran cantik daripada Safwan Mazlan.
Nama Azam barangkali tidak dijangka menjadi pencetus kemenangan skuad Penyu namun dia tenang membaca situasi dan dilihat sempat melihat kedudukan penjaga gol Khairulazhan Mohd Khalid, sebelum melakukan penyudah tepat mengenai sasaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Lima minit berselang, giliran pemain import dari Brazil, Gabriel Silva Costa atau lebih mesra dengan panggilan Gabi menggandakan jaringan kem pelawat pada minit ke-55.
Pujian buat Gabi yang bijak mencari ruang betul-betul di bahagian tengah gawang lawan sebelum melepaskan rembatan tepat walaupun diasak pemain tengah Penang, Mohd Akmal Zahir.
Skuad Harimau Kumbang terus bergelut dan kelihatan terdesak mencari peluang menjaringkan gol pertama di hadapan kira-kira 4,809 penontonnya antaranya melalui Adib Ra’op, Dylan Wenzel-Halls dan Tcetche Kipre namun tidak berhasil.
Pemain gantian, Khalai’f Naskam akhirnya menutup tirai kemenangan skuad kendalian Badrul Afzan Razali setelah memanfaatkan kekacauan benteng lawan yang kelam kabut sebelum dipisahkan dengan jurang tiga jaringan.
Penang FC kecewa di tempat sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.