Maut tertusuk pisau sabit selepas motosikal ke kebun sawit terbabas
Maut tertusuk pisau sabit selepas motosikal ke kebun sawit terbabas

TEMERLOH: Seorang lelaki Orang Asli maut dalam keadaan tragis selepas lehernya tertusuk pisau sabit dibawa bapanya selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Penderas, di sini.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam ketika mangsa, Haniff Abu, 29, sedang menunggang motosikal Honda Wave membawa bapanya untuk ke kebun sawit mereka.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, berkata bapa mangsa membonceng sambil memikul galah panjang berpisau sabit di atas bahu sebelum motosikal hilang kawalan selepas terlanggar busut, menyebabkan dua beranak itu terjatuh.
Akibatnya, bilah sabit yang dibawa bapa lelaki berkenaan tertusuk pada leher anaknya dan dia juga turut cedera di bahagian pipi dan telinga kanan sebelum sepupu perempuan mangsa yang kebetulan melalui kawasan ladang berkenaan terserempak dengan mereka.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba. Bapanya pula berada dalam keadaan trauma dan tidak dapat mengingati sepenuhnya kejadian itu, dipercayai akibat mengalami gegaran otak ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Beliau berkata, ketika pasukan polis tiba, pisau sabit yang menjadi punca kematian itu masih terikat pada galah pengait pelepah sawit dan kain digunakan untuk membalut bilahnya didapati koyak.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR),” katanya.
Maut tertusuk pisau sabit selepas motosikal ke kebun sawit terbabas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.