Heung-min cipta impak pertama

Heung-min cipta impak pertama

Heung-min cipta impak pertama
HEUNG-Min mengasak penjaga gol Chicago Fire Chris Brady di Stadium SeatGeek. FOTO Reuters

Illinois: Son Heung-Min membuat impak serta-merta dalam penampilan sulungnya bersama LAFC, apabila dia mendapatkan sepakan penalti kurang daripada 20 minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika membantu pasukan barunya seri 2-2 menentang Chicago Fire pada Sabtu.

Bintang Korea Selatan itu turun beraksi hanya tiga hari selepas melengkapkan perpindahan bernilai rekod MLS sebanyak AS$26 juta dari Tottenham Hotspur.

Heung-min dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Chicago, Carlos Terán, ketika meluru ke arah bola hantaran yang memberinya peluang jelas untuk menjaringkan gol.

Walaupun pengadil Ricardo Montero pada awalnya tidak memberikan sepakan penalti, keputusan berubah selepas semakan VAR, dan dia akhirnya menunjuk ke titik penalti.

Penjaring terbanyak LAFC musim ini, Denis Bouanga, menyempurnakan sepakan itu pada minit ke-81 untuk memastikan LAFC membawa pulang satu mata di Bridgeview, Illinois.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Ia satu hantaran yang hebat dan memang ada sentuhan. Ia sememangnya penalti, tiada keraguan,” kata Heung-min

“Saya sedikit kecewa kerana tidak mendapat tiga mata, tetapi saya rasa semua orang berusaha bersungguh-sungguh. Saya gembira dapat membuat penampilan sulung dan saya harap jaringan akan datang tidak lama lagi.”

Ini kali kedua LAFC bangkit selepas ketinggalan dalam perlawanan itu. Tandukan Ryan Hollingshead menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan Terán pada separuh masa pertama, sebelum Jonathan Bamba meletakkan Chicago Fire kembali di hadapan pada minit ke-70.

Heung-min cipta impak pertama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker