DPMM FC kendur babak kedua

DPMM FC kendur babak kedua

DPMM FC kendur babak kedua
PARK Tae-su mengasak penjaga gawang DPMM FC, Kristijan Naumovski di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Jurulatih Brunei DPMM FC, Jamie McAllister nyata kecewa apabila pasukannya gagal mempertahankan kelebihan dua gol sebelum diikat PDRM FC 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam semalam.

Menurut McAllister, pasukannya mempamerkan persembahan kemas di babak pertama dengan menguasai permainan dan menyudahkan peluang dimiliki, namun hilang rentak selepas rehat.

“Kami bermain dengan intensiti tinggi pada separuh masa pertama dan mencipta banyak peluang. Tetapi pada babak kedua, kami hilang kawalan, banyak bertahan dan membiarkan lawan menekan,” katanya.

Pada perlawanan terbabit, DPMM FC terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Muhammad Ramadhan Sananta sebelum Miguel Oliveira menjadikan kedudukan 2-0 selang tiga minit kemudian.

PDRM pula berjaya mengikat kedudukan 2-2 selepas pemain importnya Park Tae-su menyumbat dua gol dibabak kedua.

Selain itu, beliau mengakui perubahan taktikal PDRM di babak kedua memberi kesan besar kepada permainan DPMM FC yang terpaksa bertahan lebih lama.

“Kredit kepada PDRM kerana mereka tidak mengalah dan terus cuba menekan kami. Tapi kami sepatutnya lebih bijak mengawal bola dan mengurangkan kesilapan,” jelasnya.

Jurulatih dari Scotland itu juga menegaskan pasukannya perlu belajar daripada kesilapan ini, terutama dalam aspek konsistensi dan fokus sehingga wisel penamat.

“Kami perlu pastikan perkara sebegini tidak berulang, kerana di Liga Super, setiap pasukan mampu menghukum anda bila-bila masa,” katanya.

Walaupun sekadar membawa pulang satu mata, Jamie percaya DPMM FC masih berada di landasan positif dan akan kembali bangkit dalam perlawanan seterusnya.

DPMM FC kendur babak kedua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker