Crystal Palace juara Perisai Komuniti atasi Liverpool
Crystal Palace juara Perisai Komuniti atasi Liverpool

London: Juara Piala FA, Crystal Palace menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 3-2 menerusi sepakan penalti untuk memenangi Perisai Komuniti selepas keputusan seri 2-2 dalam perlawanan menghiburkan di Wembley, sebentar tadi.
Pemain gantian Justin Devenny menjaringkan sepakan penalti kemenangan untuk menghadiahkan kejuaraan kepada Palace, selepas Mohamed Salah, Alexis Mac Allister dan Harvey Elliott gagal menyempurnakan sepakan penalti bagi pihak Liverpool.
Pemain baharu, Hugo Ekitike meletakkan Liverpool di hadapan seawal minit ke-4, namun Jean-Philippe Mateta menyamakan kedudukan untuk Palace menerusi sepakan penalti pada minit ke-17, selepas Virgil van Dijk menjatuhkan Ismaila Sarr dalam kotak penalti.
Pemain yang baru ditandatangani musim ini, Jeremie Frimpong mengembalikan kelebihan kepada Liverpool.
Pada masa sama, penyokong Liverpool menandakan pemergian penyerang Portugal, Diogo Jota, dengan memberi penghormatan pada minit ke-20, dan Frimpong menjaringkan gol apabila hantarannya tersasar tetapi terkena tiang dan masuk ke dalam gawang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Namun begitu, Palace sekali lagi menyamakan kedudukan 13 minit sebelum tamat, apabila Sarr menyudahkan peluang dengan tenang menewaskan penjaga gol Alisson yang keluar dari kawasan, sekali gus memaksa perlawanan dilanjutkan ke penentuan penalti.
Crystal Palace juara Perisai Komuniti atasi Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.