Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Perbicaraan mahkamah yang dijangka akan menjadi tumpuan sepanjang minggu ini adalah keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai titah adendum.

Pada 2 Julai lalu, Peguam Negara, Mohd. Dusuki berhujah, DS Najib dan anaknya Datuk Mohamad Nizar tidak mengemukakan bukti munasabah berkaitan kewujudan titah adendum.

Walhal berpeluang berbuat demikian di peringkat permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Hujah beliau, Mohamad Nizar yang merupakan Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Berpeluang mendapatkan titah itu kerana beliau kerap menghadiri mesyuarat dan pertemuan dengan Sultan Pahang.

Namun pada 9 Julai, TS Shafee Abdullah yang mewakili DS Najib berhujah, Peguam Negara sepatutnya segera berterus-terang dari awal bahawa titah adendum wujud.

Peguam Negara sewajarnya melaksanakan kewajipan secara jujur (duty of candour) dengan memberikan maklumat yang benar termasuk dokumen ketika di Mahkamah Tinggi.

Sebaliknya beliau bertindak membantah kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan DS Najib.

Selepas mendengar hujah dari kedua-dua pihak, panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, TS Hasnah Mohammed Hashim, menetapkan 13 Ogos sebagai hari mahkamah membuat keputusan.

Beliau bersidang bersama-sama 2 orang panel hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Apa Akan Berlaku Selepas Mahkamah Membuat Keputusan

 

Cuma ada 2 kemungkinan yang akan berlaku selepas Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan pada 13 Ogos ini.

Pertama, mahkamah akan menolak rayuan Peguam Negara.

Sekiranya ini berlaku, tuntutan DS Najib untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya kerajaan melaksanakan titah tersebut akan dikembalikan perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Sekiranya Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak kepada DS Najib, maka pelaksanaan titah adendum mesti dilakukan dengan segera.

Kedua, sekiranya mahkamah membenarkan rayuan Peguam Negara, maka kewujudan titah tersebut sudah menjadi akademik.

Tidak ada nilai dari sudut undang-undang, apa lagi pelaksanaannya.

Dalam artikata lain, titah yang dikeluarkan oleh Raja Raja Melayu dari institusi tertinggi negara, sudah dibakul sampahkan oleh Peguam Negara ketika itu, Ahmad Terrirudin.

Di sebalik 2 kemungkinan tersebut, timbul satu persoalan yang lebih besar.

Adakah jawatan dan kuasa yang ada pada Peguam Negara begitu besar sehingga boleh membakul sampahkan titah dari Raja Raja Melayu?

 

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker