54 wanita warga asing ditahan, pusat urut jadi lokasi kegiatan tak bermoral
54 wanita warga asing ditahan, pusat urut jadi lokasi kegiatan tak bermoral

IPOH: Apa yang kelihatan seperti pusat urut biasa yang menawarkan ketenangan dan rawatan santai rupa-rupanya menjadi topeng kepada kegiatan tidak bermoral.
Itu pendedahan mengejutkan yang terbongkar dalam serbuan Imigresen di Ipoh, malam tadi.
Operasi yang diketuai Jabatan Imigresen Perak itu membongkar rangkaian pusat kesihatan yang didakwa menawarkan perkhidmatan seks berselindung di sebalik rawatan urut.
Pengarah Imigresen Perak, Datuk James Lee, berkata seramai 54 wanita warga asing ditahan dalam serbuan serentak di 13 premis sekitar bandar raya ini.
“Fokus kami adalah membanteras kegiatan tidak bermoral, khususnya yang beroperasi atas alasan menawarkan perkhidmatan urut.
Lee berkata, semua wanita berkenaan masuk Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tetapi didapati bekerja secara haram, melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Mereka jelas menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja secara haram, dalam kes ini menawarkan perkhidmatan tidak bermoral,” katanya.
Siasatan awal mendapati perkhidmatan itu dipromosikan di platform media sosial seperti TikTok dan WhatsApp, di mana pelanggan boleh melihat tawaran dan membuat tempahan sama ada di pusat urut atau kediaman persendirian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudi
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Hasil siasatan awal juga mendapati harga perkhidmatan haram itu sekitar RM50 hingga RM100.
“Pelanggan tempatan turut berada di premis semasa serbuan dan mereka telah diberikan notis hadir ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya.
Tambahnya, pemilik dan pengusaha premis yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.
54 wanita warga asing ditahan, pusat urut jadi lokasi kegiatan tak bermoral
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.