2 jam bawa turun pendaki cedera di Lata Medang

2 jam bawa turun pendaki cedera di Lata Medang

2 jam bawa turun pendaki cedera di Lata Medang
Anggota bomba membawa turun seorang pendaki lelaki yang cedera selepas terjatuh di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu hari ini. – Foto NSTP/Ihsan BOMBA

HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa hampir dua jam untuk membawa turun seorang pendaki lelaki yang cedera selepas terjatuh di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.

Operasi menyelamat dilakukan sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan mangsa ditemui pada jam 11.25 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.46 pagi.

“Menurut laporan awal, mangsa berusia 45 tahun terjatuh semasa melakukan aktiviti mendaki bukit.

“Anggota kemudian bergegas ke lokasi dengan jarak lokasi mangsa 2.6 kilometer dari kaki bukit,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang cedera di tangan kiri bagaimanapun boleh berjalan.

“Anggota bertindak mengiring lelaki itu turun,” katanya.

2 jam bawa turun pendaki cedera di Lata Medang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker