Penghulu kahwin dua wanita
Penghulu kahwin dua wanita

JAKARTA – Seorang penghulu di Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana dikatakan apabila berkahwin dengan dua wanita serentak, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di Desa Bajarau, daerah Parenggean.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin lelaki diapit dua wanita yang mengenakan gaun panjang.
Mereka turut mencium pipi si suami ketika bergambar di atas pelamin.
Seorang pengguna laman sosial kemudian menjelaskan bahawa salah seorang wanita merupakan isteri pertama penghulu terbabit.
Rakaman itu mencatatkan lebih 16,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Senang hati ada dua isteri,” kata seorang netizen. – AGENSI
Penghulu kahwin dua wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.