Kes Zara Qairina: ‘Saya tiada anak nama Farisha’ – EXCO Sabah

Kes Zara Qairina: ‘Saya tiada anak nama Farisha’ – EXCO Sabah

Kes Zara Qairina: 'Saya tiada anak nama Farisha' - EXCO Sabah
Mohd Ariffin (berdiri enam dari kanan atas pentas) pada Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bersama mahasiswa Sabah di Pusat Konvensyen Bangi Avenue hari ini. – NSTP/ Samadi Ahmad

BANGI: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan yang mengatakan anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar di sebuah sekolah agama di Sabah, Zara Qairina Mahathir, baru-baru ini.

Penafian itu dibuat selepas beliau membaca satu muat naik di media sosial berhubung dakwaan menyatakan terdapat seorang pelajar bernama Farisha yang didakwa sebagai anak beliau terbabit kejadian itu.

“Saya tidak mempunyai anak yang bernama sedemikian dan juga tidak (ada anak yang) belajar di sekolah berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bersama mahasiswa Sabah di Pusat Konvensyen Bangi Avenue di sini hari ini.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) keesokan harinya.

Susulan kes itu, tular di media sosial dakwaan kes itu membabitkan elemen buli dengan turut membabitkan beberapa anak VIP dan individu berpengaruh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Mohd Arifin berkata, semasa Zara Qairina dirawat di hospital, beliau bersama Ketua Pengarah Pendidikan bersama rombongan hadir menziarahi ibu pelajar berkenaan.

Selepas empat hari Zara Qairina meninggal dunia, beliau juga bersama rakan rombongan daripada Yayasan Sabah dan wakil Rakyat Sindumin hadir untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah di Sipitang bagi menyampaikan salam daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita tunggu hasil siasatan polis dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung apa juga yang berlaku membabitkan pelajar berkenaan.

“Kita harap siasatan terbuka terus diadakan demi keadilan pelajar berkenaan ,” katanya.

Kes Zara Qairina: ‘Saya tiada anak nama Farisha’ – EXCO Sabah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker