Kes kibar Jalur Gemilang terbalik: Polis sudah rakam percakapan

Kes kibar Jalur Gemilang terbalik: Polis sudah rakam percakapan

Kes kibar Jalur Gemilang terbalik: Polis sudah rakam percakapan
GAMBAR hiasan

KEPALA BATAS: Polis sudah merakam percakapan pengadu dan suspek berhubung video tular mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik di hadapan sebuah kedai perkakasan, di sini, hingga mendapat kecaman netizen.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, berkata pihaknya sedang dalam proses siasatan awal sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Ketika ini polis sudah merakamkan percakapan pengadu dan suspek untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Pencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Tinjauan NSTP ke kedai terbabit mendapati Jalur Gemilang sudah dipasang dalam keadaan betul di atas tepi papan tanda premis berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Sehubungan itu, katanya, orang ramai digesa supaya tidak mensensasikan kes berkenaan sehingga mengganggu ketenteraman awam dan pihak yang sedang menjalankan siasatan.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Safwan Hashim di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis berhampiran.

Terdahulu beberapa platform media sosial hari ini tular rakaman berdurasi 21 saat memaparkan seorang lelaki mengibarkan Jalur Gemilang yang dipasang pada sebatang besi dalam keadaan terbalik sebelum seorang lagi bertindak merakam aksi berkenaan.

Perbuatan terbabit mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mahu tindakan diambil susulan kejadian seumpama itu dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya ketika negara akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68.

Kes kibar Jalur Gemilang terbalik: Polis sudah rakam percakapan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker