Ajal pelajar dalam perjalanan ke masjid
Ajal pelajar dalam perjalanan ke masjid

SUNGAI BESAR: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Parit 16, Sungai Panjang, di sini, ketika dia dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat, semalam.
Remaja lelaki berusia 16 tahun itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera pada kepala dalam nahas sekitar jam 1.30 tengah hari itu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kemalangan ketika Perodua Kancil dipandu wanita berusia 38 tahun dalam perjalanan dari arah Tanjung Malim ke Sungai Panjang.
“Setiba di lokasi, pemandu kereta membelok ke kanan untuk masuk ke simpang sebelum dilanggar mangsa dari belakang. Mayat penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ajal pelajar dalam perjalanan ke masjid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.