60 rumah daripada 8 kampung di Sik rosak akibat ribut
60 rumah daripada 8 kampung di Sik rosak akibat ribut

SIK: Kira-kira 60 rumah di lapan kampung di daerah ini mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang melanda semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, antara kampung terbabit adalah Kampung Kuala Ruman membabitkan 35 rumah; Kampung Sungai Semiar (lapan rumah); KEDA Sungai Semiar (lapan rumah); Kampung Tala (lapan rumah); Kampung Kota Bukit ( tiga rumah).
Beliau berkata, ribut turut melanda Kampung Desa Jaya, Kampung Langgok dan Kampung Kuala Jeneri yang mana masing-masing menyebabkan sebuah rumah rosak.
“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.
Haisul Aishah berkata, sepasukan anggotanya digerakkan ke lokasi untuk melakukan pemantauan dan penyelamatan.
“Setibanya di lokasi, pasukan APM Sik segera menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan batang serta dahan pokok bagi memastikan kawasan selamat.
“Kejadian ini menyebabkan kerosakan pada struktur bumbung rumah, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.