2 pelancong Malaysia dibakar di Bangkok: Keluarga mohon kebenaran untuk bawa pulang
2 pelancong Malaysia dibakar di Bangkok: Keluarga mohon kebenaran untuk bawa pulang

BANGKOK: Keluarga kepada dua pelancong Malaysia yang dibakar dalam satu kejadian di sini Khamis lalu, meminta pihak berkuasa Thailand membenarkan mereka dibawa pulang ke negara asal sebaik keadaan kesihatan mengizinkan.
Dua rakyat Malaysia itu dikenali Gan Xiao Zhen, 27 dan teman lelakinya, Ong Yik Leong, 26, diserang seorang penganggur yang didakwa menyimbah pencair sebelum membakar mereka berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Ratchadamri kira-kira jam 10 malam Khamis.
Gan Kin In, 80, berkata anak perempuannya itu tiba di Bangkok Rabu lalu untuk bercuti, sehari sebelum kejadian berlaku.
“Hati saya berasa tidak sedap apabila Xiao Zhen memberitahu minggu lalu bahawa dia merancang untuk bercuti ke Thailand bersama teman lelakinya.
“Tetapi Xiao Zhen meyakinkan saya bahawa ia selamat,” katanya ketika ditemui di King Chulalongkorn Memorial Hospital hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Beliau berkata, kedua-dua keluarga telah meminta laporan perubatan mengenai keadaan semasa mangsa sewaktu taklimat ringkas dengan pihak berkuasa Thailand dan kakitangan perubatan hospital.
Kin In menambah, keluarga berharap mangsa dapat dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin berikutan kekangan penginapan di negara asing.
“Kami baru tiba di Bangkok petang ini dan pihak berkuasa Thailand telah mengaturkan taklimat serta lawatan untuk kami.
“Selain itu, kami juga berharap laporan perubatan dapat diberikan supaya kami boleh merujuk kepada doktor di Malaysia mengenai keadaan semasa mereka atau kemungkinan membawa mereka pulang dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata, Xiao Zhen yang kini dirawat di Unit Rawatan Kebakaran mengalami 36 peratus lecur tahap kedua pada muka, dada dan lengan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
“Dia sedar, berada dalam keadaan stabil dan berkomunikasi dengan menulis. Doktor memaklumkan dia mungkin memerlukan kira-kira sebulan untuk pulih,” katanya.
Sementara itu, Yik Leong yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Police General Hospital juga berada dalam keadaan stabil.
Dalam kejadian Khamis lalu, Xiao Zhen dan Yik Leong dibakar seorang lelaki berusia 30 tahun dari wilayah Sa Kaeo, yang kemudian ditahan orang awam di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.
2 pelancong Malaysia dibakar di Bangkok: Keluarga mohon kebenaran untuk bawa pulang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.