2 cedera diserang dua lelaki bersenjata besi, parang di hadapan kelab malam
2 cedera diserang dua lelaki bersenjata besi, parang di hadapan kelab malam

KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera dalam pergaduhan bersama dua lelaki bersenjatakan besi dan parang di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Stesen Sentral, dekat Brickfields, di sini awal pagi tadi.
Sehubungan itu, polis memburu dua suspek berusia lingkungan 30-an yang terbabit dalam pergaduhan dengan dua mangsa itu, dengan video kejadian turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya sudah mengenal pasti dua suspek itu dan mereka diminta menyerah diri untuk siasatan lanjut.
Mengulas kejadian itu, katanya siasatan awal mendapati mangsa pertama bertengkar dengan suspek di kawasan jalan raya berhampiran kelab malam, sebelum suspek kedua datang dan menyerang mangsa menggunakan parang dan besi.
“Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ambulans ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dengan mangsa pertama menerima rawatan di zon kuning, manakala mangsa kedua menerima di zon hijau,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 26 saat menunjukkan dua lelaki bersenjata besi dan parang memukul serta menetak mangsa.
Kejadian dirakam orang awam yang berada di lokasi.
2 cedera diserang dua lelaki bersenjata besi, parang di hadapan kelab malam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.