Rakan cuba bantu, tetapi mangsa hilang dibawa arus, tenggelam
Rakan cuba bantu, tetapi mangsa hilang dibawa arus, tenggelam

BALING: Rakan kepada kanak-kanak yang ditemukan lemas di kuari pasir berhampiran Sungai Kupang semalam cuba menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum arwah dibawa arus dan tenggelam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, berkata dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, mangsa dikatakan pergi ke sungai berkenaan bersama seorang rakannya untuk memancing.
Beliau berkata, jarak rumah mangsa dengan sungai terbabit kira-kira dua kilometer.
“Sewaktu memancing, rakan mangsa memaklumkan yang mangsa hendak pergi membuang air kecil. Selepas itu, rakannya melihat mangsa membuka baju dan terjun ke sungai untuk mandi.
“Rakannya yang ternampak tangan mangsa terkapai-kapai cuba menyelamatkannya tetapi gagal sebelum mangsa dibawa arus dan tenggelam,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Ahmad Salimi berkata, kanak-kanak itu kemudian berlari meminta bantuan dan memaklumkan rakannya lemas ketika mandi di sungai.
Tidak lama kemudian anggota polis, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling tiba di lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.
“Mangsa akhirnya ditemui jam 6.30 petang semalam ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan. Mangsa ditemui di dasar sungai kira-kira 50 meter dari tempat mangsa mandi,” katanya.
Ahmad Salimi berkata, pihak Hospital Baling melakukan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan siasatan awal yang di jalankan tubuh badan si mati tidak mempunyai unsur-unsur jenayah.
Rakan cuba bantu, tetapi mangsa hilang dibawa arus, tenggelam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.