Polis bongkar lombong emas haram di Jeli, tahan 4 lelaki Myanmar

Polis bongkar lombong emas haram di Jeli, tahan 4 lelaki Myanmar

Polis bongkar lombong emas haram di Jeli, tahan 4 lelaki Myanmar

KUALA LUMPUR: Polis membongkar aktiviti perlombongan emas haram di Jeli, Kelantan dan menahan empat lelaki warga Myanmar dengan nilai rampasan lebih RM1 juta semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, berkata serbuan dijalankan jam 2 pagi hasil risikan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, Operasi Bersepadu Khazanah itu dilaksanakan di kawasan sawit Ladang Tapis, Bukit Jering, Jeli.

“Serbuan yang dijalankan itu berjaya menahan empat lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kegiatan melombong emas secara haram.

“Kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah serta lesen perlombongan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Azmi berkata, dua unit jengkaut, dua unit mesin pam penyedut berserta hos, dua unit palong melombong, anak kunci jentera dan peralatan berkaitan dirampas membabitkan nilai sitaan RM1,010,014.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Kanun Tanah Negara 1965.

“Operasi ini adalah contoh pendekatan reformasi iaitu penguatkuasaan yang lebih bersepadu dan berimpak tinggi dengan pembabitan pelbagai agensi bagi membanteras aktiviti melombong haram yang mengancam sumber khazanah negara,” katanya.

Katanya, PSP Bukit Aman akan terus komited menjalankan operasi strategik bersama agensi berkaitan bagi memastikan aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram dapat dibanteras secara berterusan demi keselamatan, kedaulatan serta kelestarian alam sekitar negara.

 

Polis bongkar lombong emas haram di Jeli, tahan 4 lelaki Myanmar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker