Pesawat rempuh rumah, 6 terbunuh

Pesawat rempuh rumah, 6 terbunuh

Pesawat rempuh rumah, 6 terbunuh
Serpihan bertaburan di atas tanah selepas sebuah pesawat ringan merempuh bangunan di Kiambu semalam. – AFP

NAIROBI – Sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala dua lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di Kenya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pesawat jenis Cessna Citation XLS milik AMREF Flying Doctors itu terhempas di kejiranan Ruiru, daerah Kiambu.

Empat orang berada di dalam pesawat semasa kejadian.

Mangsa yang maut termasuk dua doktor, dua jururawat dan dua orang awam, demikian menurut Pesuruhjaya Daerah Kiambu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (KCAA) berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Wilson sekitar pukul 2.17 petang (waktu tempatan) sebelum terputus komunikasi dan hilang dari radar semasa dalam perjalanan ke Hargeisa, Somalia.

Beberapa kediaman turut musnah.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan yang berkaitan dan pasukan tindak balas kecemasan untuk mengenal pasti punca nahas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AMREF Flying Doctors, Stephen Gitau. – AGENSI

Pesawat rempuh rumah, 6 terbunuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker