Penunggang motosikal maut bergesel dengan basikal
Penunggang motosikal maut bergesel dengan basikal

PONTIAN: Penunggang motosikal lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 49.5 Jalan Pontian Johor, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam tadi kemalangan berlaku membabitkan dua buah kenderaan, motosikal Honda Dash 125 dan sebuah basikal.
” Siasatan awal mendapati motosikal yang tunggang lelaki warga tempatan dikenali Adnan Mohamed Nor berusia 56 tahun dalam perjalanan dari arah Pekan Nanas ke Pontian bergesel dengan basikal yang ditunggang warga tempatan berusia 52 tahun sedang bergerak dari arah yang sama.
“Akibat berlaku pergeselan itu, penunggang motosikal berkenaan mengalami cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pontian untuk bedah siasat.
“Penunggang basikal mengalami kecederaan di kepala dan tangan dibawa ke hospital sama untuk membuat rawatan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Mohammad Shofee berkata, mangsa (penunggang motosikal) bekerja sebagai pemandu lori beralamat di Taman Seri Semerah, Pontian.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang mana jika sabit kesalahan penjara lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 dan RM50,000.
Penunggang motosikal maut bergesel dengan basikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
You must be logged in to post a comment.