Pengurus wanita rugi RM2.34j kena tipu dengan ‘kekasih’ diperkenalkan ibu saudara
Pengurus wanita rugi RM2.34j kena tipu dengan ‘kekasih’ diperkenalkan ibu saudara

GEORGETOWN: Pengurus pengaturcara sebuah kilang di Bayan Lepas, di sini, kerugian lebih RM2.34 juta dipercayai akibat ‘love scam’ selepas berkenalan dengan lelaki yang mendakwa warga Singapura diperkenalkan ibu saudaranya.
Wanita berusia 53 tahun itu dikatakan diperkenalkan dengan suspek pada Februari tahun lalu oleh ibu saudaranya yang berniat mahu menjodohkan mereka selepas mengenali lelaki terbabit ketika sama-sama menghadiri seminar di ibu negara.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata suspek mendakwa bernama Perry Chen yang menetap di Ottawa, Kanada dan sepanjang perkenalan, dia dan mangsa hanya berhubung menerusi WhatsApp.
“Namun sebulan kemudian, lelaki itu mendakwa dia menjalankan perniagaan pemasangan grid elektrik dengan Kerajaan Oman.
“Suspek meminta pertolongan daripada mangsa bagi membuat pindahan wang, kononnya bagi pembelian bahan mentah untuk projeknya. Transaksi dibuat menerusi akaun suspek dengan alasan capaian internet di Oman tidak stabil,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Mohd Alwi berkata, mangsa melakukan 58 transaksi antara Mac hingga Ogos tahun lalu ke sembilan akaun bank tempatan diberi suspek, dengan jumlah melebihi RM1.9 juta.
September berikutnya, katanya, suspek memberitahu mangsa bahawa dia sudah mendepositkan cek berjumlah AS$404,500 (RM1.71 juta) ke satu akaun bagi pembayaran semula wang wanita itu.
Mangsa kemudian dihubungi pegawai khidmat pelanggan bank berkenaan bagi cawangan Malaysia, yang mendakwa wanita itu perlu membuat pembayaran caj bank jika mahu menunaikan cek berkenaan.
“Antara September 2024 hingga 4 Julai lalu, mangsa membuat 13 transaksi ke lima akaun bank tempatan berbeza berjumlah RM399,407. Dia menyedari diperdaya apabila alasan yang diberikan bagi pembayaran caj bank adalah tidak munasabah.
“Susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, di sini semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Pengurus wanita rugi RM2.34j kena tipu dengan ‘kekasih’ diperkenalkan ibu saudara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.