Pemandu serang, tumbuk pemandu lain ditahan polis

Pemandu serang, tumbuk pemandu lain ditahan polis

Pemandu serang, tumbuk pemandu lain ditahan polis
Gambar tangkap layar video tular menunjukkan dua lelaki terbabit pergaduhan di Kilometer 10.3 Jalan Genting Highlands.

BENTONG: Tidak puas hati di jalan raya dipercayai punca seorang lelaki menyerang dan mencederakan pemandu kereta lain dalam pergaduhan di Kilometer 10.3 Jalan Genting Highlands, arah turun, dekat sini.

Rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang menunjukkan kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati kes berlaku kira-kira 9 pagi pada 3 Ogos lalu.

“Lelaki berusia 32 tahun mendakwa dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Subang Jaya dan mendapati sebuah kereta dipandu suspek secara berbahaya, brek mengejut serta menghalang laluan mangsa.

“Mangsa berjaya memotong kereta suspek menyebabkan suspek mengejar dan melanggar bahagian belakang kereta mangsa.

“Mangsa memberhentikan kenderaannya dan secara tiba-tiba suspek menyerang dengan menumbuk muka serta mencederakan leher mangsa.

“Dua rakan mangsa iaitu lelaki dan wanita berusia 22 tahun meleraikan pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, polis menahan suspek berusia 24 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, pada hari sama.

Menurut Zaiham, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Pemandu serang, tumbuk pemandu lain ditahan polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker