Kanak-kanak balik tabika cedera dilanggar van sekolah
Kanak-kanak balik tabika cedera dilanggar van sekolah
SEREMBAN: Kanak-kanak berusia enam tahun cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar van sekolah yang menghantarnya di Jalan Mantau Indah 3/4, Taman Mantau Indah 3, di sini, pagi Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikatakan berjalan di hadapan van berkenaan sebelum dilanggar.
“Berlaku satu kemalangan jalan raya membabitkan seorang pejalan kaki iaitu kanak-kanak lelaki berumur enam tahun, murid sebuah tabika dengan sebuah van sekolah.
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian pemandu van sekolah jenis Kia Pregio itu dipandu seorang wanita berusia 38 tahun dalam perjalanan dari Tabika Perpaduan Taman Mantau Indah.
Jelas beliau, apabila sampai di lokasi, mangsa dikatakan turun dari van itu dan berjalan di hadapan van untuk melintas ke rumah pengasuh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Mohamad Hatta berkata, ketika mangsa berada di hadapan van, pemandu van dipercayai bergerak dan terlanggar mangsa menyebabkan mangsa terjatuh.
“Akibat kemalangan itu, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan, tangan dan kaki,” katanya.
Tambahnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Sekyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Mohamad Hatta turut pihak menasihatkan pemandu pengangkutan awam untuk sentiasa peka dengan pergerakan penumpang selepas keluar dari kenderaan dan pastikan penumpang selamat sampai ke destinasi sebelum meneruskan perjalanan.
Kanak-kanak balik tabika cedera dilanggar van sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.