Buat pusingan haram, JPJ keluar tujuh saman dalam dua jam

Buat pusingan haram, JPJ keluar tujuh saman dalam dua jam

Buat pusingan haram, JPJ keluar tujuh saman dalam dua jam
Foto hiasan. Foto BERNAMA

MELAKA: Hanya dalam tempoh dua jam, tujuh notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka kepada pengguna jalan raya yang bersikap ‘keras kepala’ dengan membuat pusingan U ‘haram di Jalan Tun Abdul Razak dekat simpang ke Taman Ayer Keroh Heights (TAKH) di sini.

Operasi Op Khas U-Turn Falcon JPJ Melaka itu dibuat Khamis lalu susulan laporan akhbar berkaitan isu itu yang dibangkitkan penduduk kawasan berkenaan.

Pengarah JPJ negeri, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, operasi dijalankan Khamis lalu dari 11 pagi hingga 1 tengah hari dengan anggota membuat pemantauan dari kawasan berhampiran.

“Sebanyak tujuh notis saman dikeluarkan serta-merta kepada tujuh pemandu kereta dan penunggang motosikal yang didapati membuat pusingan- U di kawasan itu.

“Namun, apabila ternampak kita buat operasi, segelintir pengguna jalan raya lain tidak jadi untuk melakukan kesalahan sama,” katanya dihubungi di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Beliau berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang kesalahan jalan raya dan akan menjalankan pemantauan berterusan bagi menangani isu itu.

Terdahulu, video operasi berkenaan tular apabila dikongsikan di Facebook JPJ Melaka dan menerima pelbagai reaksi positif netizen.

Selain mengalu-alukan tindakan agensi penguat kuasa itu, orang ramai turut berkongsi infor kesalahan sama yang berlaku di beberapa lokasi di negeri ini untuk tindakan.

Buat pusingan haram, JPJ keluar tujuh saman dalam dua jam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker