Bandar ‘diserang’ tikus sebesar kucing

Bandar ‘diserang’ tikus sebesar kucing

Bandar ‘diserang’ tikus sebesar kucing
Seekor tikus sepanjang 55 sentimeter ditemukan di sebuah rumah minggu lalu. – David Taylor

LONDON – Penduduk di North Yorkshire, England dibelenggu pemandangan menjijikkan apabila tikus-tikus gergasi manyamai saiz seekor kucing muncul dan berkeliaran di kawasan perumahan mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Serangan tikus itu dikesan di beberapa bandar termasuk Middlesbrough, Redcar dan Cleveland.

Jurucakap syarikat kawalan makhluk perosak Exopest Ltd, Jamie Lawrence berkata, masalah itu berlaku selepas majlis perbandaran memotong perkhidmatan kawalan haiwan perosak dan mengurangkan kutipan sisa pepejal.

“Tikus-tikus itu masuk ke dalam rumah dan muncul di dalam mangkuk tandas. Beberapa bangkai tikus yang reput turut ditemui di sekitar kawasan perumahan,” kata Lawrence.

Menurutnya, dua ekor tikus, setiap satu berukuran 55 sentimeter (sm) dan 53.34 sm ditemui di dua bandar terbabit pada minggu lalu.

Saiz haiwan perosak itu lebih panjang daripada purata kucing domestik iaitu 45.72 sm.

“Kami menggesa orang ramai untuk memainkan peranan mereka dalam menjaga kebersihan kejiranan. Kami juga akan menyiasat dan menangani isu yang dilaporkan,” kata seorang jurucakap Majlis Perbandaran Middlesbrough. – AGENSI

 

Bandar ‘diserang’ tikus sebesar kucing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker