Kane hasilkan gol cantik namun ‘kantoi’ penalti berdepan bekas kelab
Kane hasilkan gol cantik namun ‘kantoi’ penalti berdepan bekas kelab

Munich: Kali pertama bertemu bekas kelab, Harry Kane terus ‘mengusik’ Tottenham Hotspur dengan gol menarik namun sejurus selepas itu, dia pula jadi bahan gara-gara sepakan penaltinya melambung tinggi.
Pertemuan antara Bayern Munich dan Spurs dalam aksi persahabatan kelab di Allianz Arena berakhir dengan keputusan memihak kepada tuan rumah yang membelasah wakil England itu 4-0.
Biarpun sekadar aksi persahabatan, Kane jelas mahu buktikan sesuatu dan tidak mengambil masa lama untuk ‘menyengat’ dengan satu jaringan cantik ke gawang Spurs.
Namun kegembiraannya tidak kekal lama apabila hanya beberapa minit kemudian, dia gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas tergelincir ketika melakukan sepakan.
Rakaman video menunjukkan Kane kelihatan hilang imbangan sebelum bola melambung tinggi sekaligus mencetus reaksi pelbagai daripada penyokong kedua dua pasukan di media sosial.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Bagi sesetengah peminat Spurs, detik kegagalan penalti itu dianggap sebagai ‘karma’ manakala penyokong Bayern pula menganggap ia hanya ‘tersasul’ kecil daripada penyerang prolifik mereka.
Bayern terus menambah derita Spurs dengan tiga lagi gol menerusi Kingsley Coman, Lennart Karl dan Jonah Kusi Asare pada separuh masa kedua sekali gus membuktikan perbezaan ketara antara kedua dua pasukan.
Pertemuan itu menjadi simbolik buat Kane yang mencatat sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham sebelum menyertai Bayern dengan nilai perpindahan mencecah £100 juta (kira kira RM600 juta).
Sejak menyertai gergasi Bundesliga itu, Kane terus menunjukkan taring dengan lebih 40 jaringan dalam semua kejohanan musim lalu.
Walaupun sepakan penaltinya menjadi bahan jenaka, jaringan awal Kane cukup untuk mengingatkan Spurs apa yang mereka hilang sejak pemergiannya.
Kane hasilkan gol cantik namun ‘kantoi’ penalti berdepan bekas kelab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.