Eda Ezrin, Nur Aida selesai ambil keterangan lebih 3 jam
Eda Ezrin, Nur Aida selesai ambil keterangan lebih 3 jam

RANTAU PANJANG: Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan bersama rakannya Nur Aida Mamat selesai diambil keterangan selepas lebih tiga jam di Balai Polis Rantau Panjang.
Kedua-dua mereka dilihat keluar dari Balai Polis Rantau Panjang jam 11.35 malam sebelum dibawa pulang oleh keluarga mentuanya.

Kedua-dua mereka enggan bertemu dengan pihak media yang menunggu di luar Balai Polis.
Terdahulu, Eda Ezrin dan Nur Aida tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang jam 7.15 petang selepas dihantar oleh kakitangan Pejabat Imigresen Sungai Golok.
Semalam media melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat selepas lebih sembilan bulan ditahan.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.
Bagaimanapun pada 6 Mac lalu, keenam-enam mereka dibebaskan Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba.
Eda Ezrin, Nur Aida selesai ambil keterangan lebih 3 jam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.