Operasi cari lelaki OKU hilang sejak Sabtu dihentikan, sambung jika ada petunjuk baharu
Operasi cari lelaki OKU hilang sejak Sabtu dihentikan, sambung jika ada petunjuk baharu

KUALA LUMPUR: Polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Bukit Tabur di Kampung Warisan, Taman Melawati.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistan Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata operasi dihentikan jam 6 petang semalam, namun polis bersedia meneruskannya semula jika menerima sebarang maklumat atau petunjuk baharu berhubung kehilangan Norhafsham Nazri, 43, itu.
“Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu telah pergi ke lokasi lain. Sepanjang operasi pencarian dilakukan, tiada sebarang petunjuk ditemui di kawasan sekitar. SAR akan dibuka semula sekiranya terdapat petunjuk baharu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Susulan itu, beliau berkata, pihaknya kini membuka satu kertas inkuiri berkaitan orang hilang berkait kes itu.
Polis menerima laporan kehilangan Norhafsham daripada bapanya kira-kira jam 1.04 tengah hari pada 2 Ogos, memaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah setelah dihantar untuk berehat di Kampung Warisan pada 1 Ogos, kira-kira 2.30 petang.
Hasil pencarian awal, sebuah beg galas dipercayai milik lelaki berkenaan ditemukan di laluan menuju ke Bukit Tabur. Berikutan itu satu operasi pencarian dilakukan di sekitar lokasi berkenaan dan kawasan Hulu Sungai Klang.
Operasi cari lelaki OKU hilang sejak Sabtu dihentikan, sambung jika ada petunjuk baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.