Nelayan maut dua bot berlanggar di Sungai Paka
Nelayan maut dua bot berlanggar di Sungai Paka

DUNGUN: Nelayan maut selepas bot gentian kaca dinaiki dipercayai berlanggar dengan sebuah bot lain di Sungai Paka, dekat sini, pagi tadi.
Mohd Rashid Jusoh, 58, disahkan meninggal ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka, kira-kira sejam selepas kejadian 6 pagi itu.
Dia sebelum itu dikatakan dalam perjalanan keluar menangkap ikan, manakala sebuah bot lagi dalam perjalanan masuk ke Jeti Kuala Paka sebelum kedua-duanya dikatakan berlanggar yang menyebabkan mangsa tercampak ke dalam sungai.
Rakannya, Rosli Md Lazim,54, berkata dalam perjalanan keluar dari muara, dia ternampak sebuah bot berada dalam keadaan terbalik.
“Dalam keadaan gelap dan berkabus, saya ambil lampu suluh dan menyuluh sekitar kawasan itu sebelum terkejut ternampak mangsa dalam keadaan terapung. Saya menghampiri mangsa dan mendapati dia masih bernyawa sebelum menariknya ke dalam bot saya.
“Mangsa ketika itu sangat lemah dan tidak mampu berkata-kata. Saya kemudian bergegas mengemudi bot pulang ke Jeti Kuala Paka. Sebaik tiba di jeti, dia beberapa kali muntah dan saya segera hantar ke Klinik Kesihatan Paka.
“Ketika berada di klinik, barulah saya dimaklumkan dia kemalangan selepas botnya berlanggar dengan sebuah lagi bot,” katanya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, mayat dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat, manakala seorang lagi nelayan hanya cedera ringan.
Nelayan maut dua bot berlanggar di Sungai Paka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.