Mayat 2 beranak ditemukan terapung berhampiran Jeti Pulau Ketam

Mayat 2 beranak ditemukan terapung berhampiran Jeti Pulau Ketam

Mayat 2 beranak ditemukan terapung berhampiran Jeti Pulau Ketam
Mangsa dipercayai wanita tempatan berumur 41 tahun dan anak perempuannya berumur 3 tahun. – Tangkap layar video tular

KLANG: Mayat seorang wanita serta anak perempuannya yang berusia tiga tahun ditemukan terapung berhampiran Jeti Pulau Ketam di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi.

“Seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang berada di jeti berkenaan terlihat seorang kanak-kanak terapung di laut sebelum bertindak menyelamatkannya dengan bantuan beberapa orang awam.

“Bagaimanapun, sebaik dibawa naik ke jeti, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Pulau Ketam yang tiba di lokasi bersama anggota polis.

“Tidak lama selepas itu, mayat seorang wanita dewasa turut ditemukan terapung di kawasan berhampiran, yang turut disahkan meninggal dunia sejurus dibawa naik ke jeti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah beg mengandungi dokumen dipercayai milik kedua-dua mangsa.

Katanya, siasatan awal mengenal pasti mangsa adalah wanita tempatan berusia 41 tahun manakala anak perempuannya berusia tiga tahun.

“Pemeriksaan awal oleh Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh kedua-dua mangsa.

“Kedua-dua mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kamalariffin berkata, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti dan punca kejadian masih dalam siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Jelasnya, polis telah membuka satu kertas siasatan mati mengejut bagi menyiasat kejadian ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Mayat 2 beranak ditemukan terapung berhampiran Jeti Pulau Ketam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker