Maklumat, gambar dikaitkan dengan kes Zara Qairina tidak sahih – KPN

Maklumat, gambar dikaitkan dengan kes Zara Qairina tidak sahih – KPN

Maklumat, gambar dikaitkan dengan kes Zara Qairina tidak sahih - KPN
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan wujudnya penyebaran maklumat dan gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina, yang dimuat naik dan dikongsi oleh pihak tertentu di media sosial.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, maklumat yang dikongsi adalah tidak tepat dan berpotensi mengelirukan orang ramai selain boleh menjejaskan perjalanan siasatan yang sedang berjalan.

“Penyebaran maklumat tidak sahih ini juga berupaya mengganggu keadilan kepada semua pihak.

“Untuk makluman, segala proses siasatan termasuk isu bedah siasat dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan untuk menghentikan sebarang tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang tidak sahih termasuk pendedahan maklumat berkaitan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, PDRM ingin mengingatkan bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang seperti Seksyen 15, Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu larangan mendedahkan maklumat identiti alamat, nama sekolah dan gambar.

“Seksyen 203A Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan berkaitan pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“PDRM menasihatkan bahawa pematuhan kepada undang-undang adalah asas kepada keamanan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Sehubungan itu, sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan sedia ada.

PDRM kekal komited untuk memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara demi kepentingan bersama.

 

Maklumat, gambar dikaitkan dengan kes Zara Qairina tidak sahih – KPN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker