Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Siap Mahu Tahu ‘Password’ Anak Tunggal

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira mendedahkan bahawa beliau tidak membenarkan anak tunggalnya, Engku Aleesya memiliki telefon bimbit seawal usia remaja dan hanya memberikan kebenaran selepas anaknya mencapai umur 16 tahun. Itu pun bersyarat, termasuk keperluan untuk berkongsi kata laluan atau ‘password’ telefon dengan kedua ibu bapanya.

Menurut Erra, keputusan itu dibuat atas dasar perlindungan dan pemantauan terhadap penggunaan gajet serta akses kepada kandungan digital yang tidak terbatas. Beliau menegaskan bahawa Aleesya baru sahaja diberi pelepasan untuk menggunakan telefon selepas selesai menduduki peperiksaan, dan ianya turut melibatkan perjanjian jelas antara mereka sekeluarga.

“Kami sama-sama buat perjanjian bahawa dia boleh guna telefon cuma dalam waktu tertentu sahaja. Kata laluan pula kena kongsikan dengan saya serta bapanya dengan syarat boleh kami akses pada bila-bila masa,” katanya dalam satu temubual baru-baru ini.

Erra yang kini berusia 51 tahun dan pernah diberi gelaran Primadona Filem Melayu Alaf Baharu berkata, penggunaan telefon pintar bukan lagi soal kemudahan semata-mata, tetapi telah menjadi pintu masuk kepada pelbagai bentuk pengaruh luar. Justeru, beliau dan bekas suaminya, Engku Emran mengambil pendekatan proaktif untuk menetapkan garis panduan yang jelas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

“Kadang-kadang, sebijak-bijak kita pantau, bijak lagi anak. Jadi kita buat sahaja mana yang termampu dan selebihnya berdoa kepada Allah,” ujarnya.

Erra dan Engku Emran bercerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, namun kedua-duanya kekal memainkan peranan bersama dalam membesarkan Aleesya. Sebelum itu, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim, namun perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun.

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Tindakan Erra yang dilihat tegas dan ketat dalam soal penggunaan telefon anak mungkin akan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat, namun bagi beliau, keselamatan dan kesejahteraan anak tetap menjadi keutamaan.

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker