55 pegawai, anggota Imigresen dibuang kerja sejak 2022
55 pegawai, anggota Imigresen dibuang kerja sejak 2022

NIBONG TEBAL: Seramai 55 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) yang dikenal pasti melakukan kesalahan integriti terutamanya berhubung kegiatan ‘counter setting’ dibuang kerja sejak 2022.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata berdasarkan rekod bagi tempoh tiga tahun ini pihaknya mengambil tindakan tatatertib terhadap 147 anggota dan pegawai yang bermasalah.
Tegasnya, ia membuktikan bahawa tindakan yang diambil itu bukan bermusim sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa.
“Ini (tindakan) bukan baharu sekarang kita ambil yang mana sebenarnya sepanjang masa memang kita memantau anggota dan pegawai melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi bersepadu di sebuah kilang di Bukit Tambun, di sini, hari ini.
Zakaria berkata demikian bagi mengulas isu ‘counter setting’ yang kerap dikaitkan dengan Imigresen susulan penahanan beberapa pegawai dari agensi itu, baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Beliau berkata pihaknya akan melakukan perbincangan dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sekiranya terdapat keperluan untuk menukar mana-mana pegawai agensi itu yang didapati melakukan salah laku terutamanya berhubung kegiatan ‘counter setting’.
Katanya, Imigresen menyerahkan sepenuhnya pengurusan 22 pintu masuk utama negara kepada AKPS termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor, selain lapangan terbang di Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
“Cuma pegawai kita masih lagi menjadi pegawai yang menguruskan operasi harian di lapangan-lapangan terbang berkenaan.
“Jadi, bagi urusan untuk ‘counter setting’ memang dah menjadi tanggungjawab AKPS yang pihak Imigresen cuma membantu dari segi aspek risikan, pemantauan dan sebagainya sebelum maklumat disalurkan kepada AKPS untuk ambil tindakan.
“Untuk rombakan, kita akan berbincang dengan AKPS, jika ada keperluan untuk kita keluarkan mana-mana pegawai yang bermasalah, dikenal pasti melakukan salah laku, kita akan bagi kerjasama,” katanya.
55 pegawai, anggota Imigresen dibuang kerja sejak 2022
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.