27 warga asing ditahan dalam Ops Selera

27 warga asing ditahan dalam Ops Selera

27 warga asing ditahan dalam Ops Selera
Gambar hiasan. – Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Seramai 25 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan menerusi operasi Ops Selera di sebuah premis makanan di Bandar Baru Permas Jaya, di sini, kelmarin.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi dijalankan hasil risikan setelah menerima maklumat awam mengenai kewujudan warga asing yang bekerja tanpa permit atau pas yang sah di premis tersebut.

“Dalam operasi ini, seramai 63 warga asing dan warga tempatan telah diperiksa.

Tangkapan dibuat terhadap 25 PATI membabitkan 16 warganegara Indonesia dan 11 warga Myanmar.

“Mereka yang ditahan dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 50 tahun. Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan yang memiliki premis itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Ada juga yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia setelah Pas atau Permit tamat atau dibatalkan dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS).

Seorang warga tempatan ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.

Menurut Mohd Rusdi, sebanyak tiga notis hadir ke Pejabat dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

27 warga asing ditahan dalam Ops Selera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker